MasyaAllah Tabarakallah, setiap hari Jumaat, doakan kami untuk istiqomah sediakan makan tengahari buat anak-anak yatim dan asnaf di Parit Bakar Muar
Anggaran yang ada ialah 160 orang untuk kami siapkan makanan yang menyelerakan buat mereka.
Makanan disediakan oleh Ekin Gebus (EG) yang juga merupakan usahawan MUB.
Setiap Program MUB50 iaitu program 3 jam untuk topik teknikal yang yurannya ialah RM50, RM10 daripada yuran akan diinfaqkan untuk Infaq MUB ini.
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih buat semua yang turut bersama berinfaq dan mendoakan agar Allah melipatgandakan segala sedekah jariah anda hingga akhirat. Aamiin YRA